- aku xtau la aku ni boros sgt atau memang barang-barang mahal..dalam masa beberapa hari je aku da bole abis mencecah 700..maklumla aku masuk umh baru..banyak barang2 yg tak ada..ni pun mesin basuh x ada lagi..tv pun xde..ble pk..huhu gaji + bonus yang aku dapat 2 bole lesap..hishhh..sabau nk tggu gaji lagi lme gak..kne tunggu hujung bulan..adoyaiii..pening lak kepala pk..
- moralnya kne la berjimat cermat..lama lagi nak tggu gaji bln 1 2..hehe
Thursday, December 30, 2010
duit aku seperti air
Tuesday, December 28, 2010
sakit lagi
Sunday, December 26, 2010
kegagalan + kejayaan

Tuesday, December 14, 2010
lipan oh lipan
Thursday, December 9, 2010
JANGAN KAU TANGISI APA YANG BUKAN MILIKMU

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu
Wednesday, December 8, 2010
TERIMA KASIH ATAS KEHADIRANNYA
MANA SATU PILIHAN HATI
Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."
"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
Thursday, November 18, 2010
salam aidiladha
posting juga
siapa tulang rusuk sy
Sunday, November 14, 2010
down????
Kita tak
akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh
cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple
mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita
berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah
tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang
kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan
dikahwinkan dengannya.."
dan barulah aku sedar...apa guna kata-kata hikmah kt blog aku,..klau ak sendiri tak praktikkan dalam hidup aku
yupzz satu kesilapan bila aku menjadi kekasih gelap a.k.a skandal..ermm
satu perjanjian..biar la aku kawan sahaja pasni..xnak la lebih dari seorang kawan...
ahhhh padan muka aku...2 la xbersyukur ngn apa aku ada
aku akan ingat kata-kata hikmah ni kalau after ni ada orang nak serius
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan....
Saturday, November 13, 2010
tergoda!!!!!!!!!
lori kecik!!!!!!
Friday, November 5, 2010
kronologi + tragedi oktober
Thursday, November 4, 2010
semalam



Tuesday, November 2, 2010
wedding siti zariah

Monday, November 1, 2010
my convocation
serabutnya

Friday, September 17, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Tuesday, September 7, 2010
Penat Lelah ku berbayar
Tidak kusangka bila aku mendapat khabar dari kwn sekelas ku…
Bila die menyatakan mendapat imbuhan dr kajian muzium
Ermmm aku pn wt la..tp die wat full tesis..aku wt hanya kajian sahaja sebab tesis aku wat tajuk lain…
Haishhh kalau btul la aku pun dapat..bayak 2 rm500 dikala aku xde kje nih..memang bernilai sangat rm500 tu…lagi2 lah nak raya ngn konvo nih…bole la topup2 ckit utk persiapan..
Malam 2 juga aku mengajak missnana tuk g bazaar dgn alas an nak beli tudung sambil nak check duit..bdebar jantung aku…arghhh fizizana jgn la terus mengharap..2 buan utk awk lah..
Bila kad matrik/kad bank islam di telan oleh mesin atm…tangan aku pantas menekan no pin seterusnya makin pantas aku menekan pertanyaan baki…
Alhamdulillah…ada rezeki utk aku..
Baki dalam akaun RM507.23
*******************
Tiba2 terkenang aku bersama 10 org kwn2 aku tersesat di kuala lumpur..angkara kuar dr Arkib xde kenderaan nk g puduraya..sbb mse 2 jalan jam..jadi bas rapid xnaik pn…
Dengan blur2 kteorg bjalan kaki..tau2 da kt tepi highway..xtau highway ke mana..selama ni aku xpernah pegang iklan masterskill di tepi flyover akhirnya sume jadi reality..
Jalan dan terus berjalan..akhirnya kteorg tersadai di tepi longkang highway..dgn kereta yg sume bgerak pantas..tiada siapa mahu menghulur bantuan..pelbagai usaha kteorg wat nak kuar dr highway 2 dengan call polis..tapi belum sempat polis dtg kami ternampak signboard 1km tol duta…selama ni 1km 2 macam dekat sahaja..tapi bila berjalan kaki..hanya tuhan sahaja yang tahu betapa jauhnya utk sampai ke tol duta..
Hasil usaha Kamaruddin akhirnya dapat juga kteorg naik bas tjg malim..alhamdulillah kami selamat sampai ke tanjung malim akhirnya…
Dan hari ini aku rase bersyukur kerana sbb penat lelah aku 2 berbayar juga akhirnya..dan tidak sangka sebanyak itu…
Merdeka
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-53
Moga Malaysia kekal aman dan tida berlaku pergolakan yg boleh menjejaskan keamanan Negara kita
**********
Bila cakap tentang keamanan tiba2 teringat video tentang orang2 dipalestin yg dijual oleh pensyarah UKM…memang aku kagum sangat ngn semangat rakyat Palestin..kanak2 masih kecil lagi bersemangat sebagai pejuang spt perwira…tanpa gentar mereka dan rakan2 mereka mengutip batu dan mebaling batu kea rah kereta kebal askar Israel..kalau aku berada disituasi itu aku rasa aku da lari seram bila tengok kereta kebal 2…tapi dengan semangat juang yg mereka ada/semangat patriotisme mereka sanggup mati untuk menentang askar Israel..kalau sedemikian terjadi di Malaysia..(nauzubillah minta dijauhkan) bukan anak remaja kita pergi berjuang..tetapi berlari dan menuding jari kepada semua pihak..menyalahkan sana-menyalahkan sini..tapi mereka, tidak ada pihak yg harus dipersalahkan kerana mereka tahu berjuang 2 adalah tanggungjawab dalam diri mereka..
Paling terkedu aku mendengar bila seorang kanak2 perempuan berkata…bila bom mula digugurkan die mula membaca al-quran agar keadaan dirinya selamat..
Sungguh mereka xkenal lagi cinta akan dunia..kerana dunia dieorg seperti neraka..tapi cinta mereka sepenuhnya kepada akhirat..
Subhanallah~tersentak seketika aku dr lamunan dimana aku berpijak..sudah berapa kali aku khatam al-quran dalam setahun..
Sungguh aku sudah jauh dari kallamuallah..
Moga dengan merdeka kali ini dan genap usia 24 tahun aku..ada perubahan dalam diri aku utk mendekatkan diri kpd yg maha ESA
********
Ya allah kekalkan lah kemerdekaan Malaysia..moga lahir lebih ramai anak bgsa yg berjasa pada agama, bgsa dan juga Negara
Bebaskanlah bumi Palestin dari cengkaman Israel
Amin
*********************
Hadiah tak terduga
Jika dunia aku yg punya..~~~
Lagu bagaikan puteri menyanyi riang…Wah 2 mst abg call yup gamba n tulisan soulmate naik di skrin npn aku..
Happy birthday ayang..
Hehe time kasih…
Ayg cll abg la..kan da dapat free..
Aik call ckp 2 je..nk ak yg kne cll die er..eeee ape la..xpe la nsb bek free
Halluuuuuuu
Hehe…eh npe abg xtdo..biasa befday ayg mst cakap nk tdo awl lah..ngntok lah
Heheh xtau..nti ada org merajuk
Ye la 2..ayg mmg kuat merajuk..abg nak hadiah..ni kan befday ayg
Nt lah tgu abg blk..
Ala lmenye..xmolah…
Hehe syg nk ape? Ermm xtau la..xpk lg nk ape
Hehe ye la 2..sok abg bank in duit..ayg bli hadiah sendiri errr
Hah abg nk bg brape?? Eh mne le bgtau kn hadiah befday..xle bthu la
***************
Mlm 2 sepanjang mlm terfikir brape la die bagi..lau 50 rgt aku nk wt li ape…
Lau die bg 100 nk wt li ape
Lau lbh dr 2 wahhh 2 sudah bagus..byk aku le bli..hehehe
***********
Soknya aku g check..ermm hehe ad arm 100 dlm akaun cimb aku..wah time kasih abg..
Dalam otak terfikir:
Kasut = X
Baju raya =X
Handbeg = X
Cincin emas = /
Haha..tiba2 mmg objek kedai emas je yg nek dalam fikiran aku bila die ckp nk bg hadiah befday…
Akhirnya selasa 31/8/10 aku menjejakkan kaki ke kedai emas di rengit…wahh rambang mata beb..xtau nk pilih patern cm ne..opsss duit xbanyak lah..xle pilih yg cantik cam org nak tuning..tiba2 ak terberkenan ngn 1 cincin 2 bntk love dan ada 3 mata emas putih..wahhhh…
Akhirnya cincin 2 jd milik ak
Dgn jual cincin lame aku yg d axle pkai sbb da patah bernilai rm60 + duit befday + aku tmbh rm10 = rm170…hehe even aku kne tambah duit tp ia berharga bg aku..sbb tnpa rm100 xlepas gak aku nk dapat cincin nih..n cincin 2 tersarung di jari manis tangan kanan aku hingga saat ini dan detik ini…
Trima kasih my love: mohd hafiz
Sekian my story
***********
Happy Birthday Fizizana
Alhamdulillah…tepat detik 12 a.m 27 Ogos 2010 maka genaplah usia ku 24 tahun.tidak henti handphone nokia ku bergetar menandakan msj masuk..bkn msj dr kwn tp notification dr FB..hehe skg kn da moden jd wish gne FB..time kasih byk2 kwn2 yg ucap selamat hari lahir kepada cik fizizana binti ahmad ni…may allah bless u all..terharu lak ramai sgt kwn2 yg ucap kt aku utk befday kali ini.
Baru pertama kali ak sambut befday di bulan Ramadan..jadi tanpa smbutan hari jadi.cme aku berharap dengan menginjaknya umur ku..harap aku matang dalam kehidupan ini dan semakin hampir kehidupan aku ngn maha pencipta..kerana aku sedar 23 thn aku berada di atas bumi ini aku lalai ngn tanggungjawab aku sebagai hamba allah dan khalifah di muka bumi. Dan aku berharap moga diri ku menjadi seorang pendidik yg cekal dan tabah mendidik anak bangsa yg makin mencabar ini...dan aku berharap aku dipanggil posting.
I wish 2 my self happy birthday fizizana..
May allah bless u n ur dream come true
salam ramadan
1.
Salam ramadan…da lame rasenyer ak x update blog ak nih…selamat berpuasa kepada umat islam di seluruh dunia..x kira di mana jua anda berada (aik macam ucapan raya lak)… tah tbe2 hri ni lepas sahur xngantuk lak..masih bertahan dan menghadap lappy kesayangan ak nih…yg da kokak (da buruk)..ye la ak kan xpandai jaga laptop..bru li je da jatuh…huhu…org 4 tahun gne 1 laptop je..tp aku 4 tahun gne 2 laptop..nmpk sgt keganasan ak…*_______*..eh merepek ape lak ak nih…
2.
Ermmm sambil layan men game tgok lah tv after solat subuh…tgok MHI (Malaysia Hari Ini) bapa menyimbah asid ke muka anak dan isteri kerana isteri menuntut cerai…gulpppp macam xtertelan air liur ak ble dengar keratan akhbar yg di baca abby… n then suami memijak perut isteri yg sedang mengandung 6 bulan…aiyaaaa..ape da jadi ngn Ramadan kali ini…terkedu ak seketika..npe lelaki masa kini makin ganas…ape makanan yg dieorg mkn hingga tergamak nk bertindak macam 2 kt org yg tersayang lak 2….ermmmmm = ( .
Bbrapa hari yg lepas ada brite suami menetak isteri hingga mati…subhanallah…ape da jadi…lom lagi kes di Gemenchih, N9 tu selesai…dah tambah lagi kes lagi dahsyat di bulan ramdan yg mulia nih…
3.
Npe terjadi demikian… menurut kajian org yg MHI invite…ermm xingat lak sape name die…npe lelaki sekarang makin ganas…mungkin tekanan jiwa…sbb mcm ks rasidi 2..die dapat arahan atau suara dari dinding hingga tergamak nk bunuh atuk nenek, bapak ngn adik..n paling sadis sangat smpai hatinyer nk bawak kepala bapak 2 g shah alam…n nasihat dato 2 supaya klau tbe2 ada suara membisikkan di tlga kte..cepat2 lah dpatkan rawatan kerana org Malaysia akn dptkn rawatan ble da terlalu kritikal..
4.
Salah satu faktor yg menyebabkan lelaki menjadi ganas disebabkan pengaruh dadah dan juga alcohol..huhu tp paling dahsyat syabu..sape yg ambil syabu mmg ble mengamuk kalah org sakit jiwa…subhanallah..nk ingt kn kwn2..di bulan2 ramadan yg da jauh lari dr jalan allah ingat2lah utk blk semula ke pangkal jalan..kerana tnpa kita mengingati NYA hidup kte mmg kosong..macam tin kosong ditepi jalan..tanpa haluan…
Marilah kte beringat sebelum terlambat